Tuesday, October 21, 2014

Resdung; Punca, Cara Mencegah dan Rawatan yang Berkesan

Assalamualaikum. Terima kasih kerana singgah di blog ini. hari ni kita review tentang sejenis penyakit yang rata-rata dialami oleh rakyat Malaysia iaitu resdung.

Resdung dikenali sebagai sinusitis atau nama pendeknya sinus. Secara lazimnya, masyarakat menganggap ia tidak berbahaya tetapi jika ia dibiarkan menjadi kronik, ia boleh menyebabkan jangkitan otak seterusnya membawa maut!.


Resdung juga adalah sejenis penyakit keradangan pada lapisan rongga hidungyang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

Tanda-tanda Penyakit Resdung

Jika anda mengalami hidup tersumbat, lendir dari hidung dan tekak, sakit tekak yang berpanjangan dan berulang, demam atau rasa tidak sedap badan berpanjangan, gejala alahan hidung, gatal hidung, bersin dan sebagainya, jerawat di wajah dan juga belakang badan anda kemungkinan diserang penyakit resdung.

Punca Penyakit Resdung

Ketahui punca-punca peyakit resdung termasuklah:

Alahan. Iaitu terhadap makanan tertentu, habuk, parasit dan juga kutu.
apabila anda mengalami alahan, daging di dalam hidung yang bertindak sebagai penapis udara akan membengkak. seterusnya ia menyekat udara daripada keluar. udara akan berkumpul di dalam kawasan dalam hidung dan akan menyebabkan kulat dan membengkak. bagi yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.

Struktur Hidung yang Tidak Normal, yang mungkin terjadi apabila tulang hidung retak atau patah akibat kemalangan dan sebagainya. bagi individu yang mempunyai tulang hidung yang senget, kebarangkalian untuk mendapat resdung adalah tinggi.

Kerosakan atau Kesakitan Gigi di Bahagian Gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari sakit atau kerosakan gigi akan merebak dengan mudah ke bahagian rongga sinus dan akan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana keadaan gusi atas sangat dekat dengan rongga hidung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi. 

Menyelam di air sungai atau kolam yang kotor seta laut yang tercemar.

Lebih Parah lagi Resdung boleh Merebak ke Bahagian Mata. Akibatnya anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti bahagian otak. walaubagaimanapun resdung ini bukan penyakit berjangkit atau diwarisi oleh seseorang.

Komplikasi Sekiranya Resdung Tidak Dirawat, anda mungkin;

  • Jangkitan nanah disekeliling kawasan mata.
  • Jangkitan otak (menginitis)
  • sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selsema biasa yang melarat

Petua Mencegah Resdung

  • Elakkan membela binatang berbulu di dalam kawasan rumah, terutamanya kucing dan arnab.
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar atau selimut yang dibuat daripada bulu binatang.
  • Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet, permaidani. Sebaiknya guna penyedut hampagas.
  • Pakai penutup hidung semasa mengemas rumah.
  • Minum air suam/air mineral dengan banyak. Juga amalkan minum sup yang panas.

 Rawatan Untuk Resdung

Rawatan adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis. Rawatan yang sesuai akan disyorkan.

  • Antibiotik (10 hingga 14 hari)
  • Ubat selsema
  • Dekongestan (ubat titis hidung)
  • Pembedahan. sekiranya ttidak boleh diatasi dengan ubat-ubatan atau rawatan lain.
Tahukah anda, resdung boleh dirawat dengan supplemen atau vitamin. Vitamin dan mineral ini boleh meningkatkan imuniti tubuh dan simpton resdung.

Supplemen Untuk Rawatan Resdung

Vitamin C- Ia antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
B-Compleks- Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon.
Alfafa- Mempunyai kelebihan untuk mengurangkan keradangan resdung itu sendiri. ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat daripada ekzema, resdung, allergi, dan gegata. Walaubagaimanapun, mereka yang menghidap SLE tidak digalakkan untuk mengambil Alfafa sebagai supplemen mereka. 

Sila Hubungi Saya Jika ada Sebarang Pertanyaan. 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi Shaklee yang berkualiti tinggi, anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau tempahan. 

Konsultasi secara EXCLUSIVE khas untuk anda yang memilih MAMACHA

I'm Your Shaklee Independent Distributor
Harisatun Nida Bt Abd Rashid (Mamacha)
ID No: 985171
Sms/Wsp: 01123643327






 

No comments:

Post a Comment