Bacaan ini adalah khas untuk ibu-ibu mengandung atau bakal ibu. Homoglobin rendah adalah biasa berlaku dikalangan ibu-ibu mengandung sepanjang proses kehamilan. Homoglobin merupakan protein dalam sel darah merah yang bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke sel-sel dalam badan ibu dan bayi dalam kandungan. Semasa hamil, keperluan zat besi akan meningkat untuk menghasilkan lebih banyak homoglobin selain untuk keperluan tumbesaran bayi dalam kandungan. kuantiti zat besi yang diperlukan semasa hamil meningkat sehingga 17mg hingga 28mg sehari.
Namun, kebanyakan wanita tidak mempunyai bekalan zat besi secukupnya sejak dari awal kehamian lagi. Jadi , badan ibu tidak dapat membekalkan zat besi secukupnya buat ibu dan kandungan terutama apabila memasuki Fasa ke-2 dan ke-3 kehamilan. Apabila sampai pada satu tahap, badan ibu tidak mempunyai bekalan zat besi lagi, penghasilan homoglobin akan terhenti dan ibu akan mendapat anemia.
Tahukah anda, risiko ibu mendapat anemia adalah tinggi jika ibu:
morning sikcness yang teruk
hamil kembar
mengambl diet yang kurang zat besi
Simpton-simpton yang biasa dialami oleh ibu yang mengalami anemia ialah, sering letih, pucat, tidak bermaya, pening, jantung berdegup laju, semput atau nafas pendek, sakit kepala atau sukar fokus.
Para ibu harus bimbang apabila mengalami anemia kerana akan memberi kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Ia boleh membawa kepada:
bayi lahir tidak cukup bulan
bayi lahir kurang berat
bayi lahir mati
tumpah darah semasa bersalin
peningkatan risiko meroyan
mempengaruhi simpanan zat besi bayi di awal kelahiran
bayi berisiko tinggi untuk menghidap anemia
jadi, ibu-ibu haruslah memandang serius jika mengalami anemia untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. ibu-ibu disarankan untuk mengamalkan diet seimbang dan kaya dengan zat besi seperti mengambil daging merah, kacang, tofu, kismis, sayuran hijau dan juga kerang.
kerang
sayur bayam
Supplement dan Vitamin yang dapat membantu Menaikkan Bacaan HB
Vitalea
B-Compleks
Energy Soy Protein
Vitamin ini adalah selamat untuk diambil oleh ibu mengandung. jangan bimbang kerana ia semulajadi, selamat dan mendapat endorsement dari FDA.
Vitalea
Vitalea merupakan multivitamin dan mineral yang mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diestrak daripada sayuran dan buahan
No comments:
Post a Comment