Monday, March 2, 2015

PETUA HILANGKAN BAU BADAN SUPAYA SUAMI ANDA TAK CARI LAIN

Anda mungkin seorang isteri yang penuhi kriteria kriteria dambaan suami anda. Rupas paras yang menawan, pandai masak, berkemas, jaga diri pandai jaga suami pendek kata, semua para suami nak kat dunia ni ada pada anda. Tapi, satu hal yang membuatkan anda hilang title sebagai isteri dambaan hanya kerana BAU BADAN!AWAS…ANDA DALAM BAHAYA!



Bau badan yang memeritkan hidung, masam serta hapak lebih teruk lagi semasa tubuh merembeskan peluh. ALLAH saja yang tahu betapa peritnya bau badan pada masa tersebut. Mungkin kita tuan empunya badan tidak sedar tapi suami kita, orang sekeliling kita?...mungkin akan terganggu dengan bau tersebut.

Kehidupan social kita juga akan turut tidak sihat. Malu untuk bergaul dengan kawan-kawan, rasa rendah diri, dan yang paling MENAKUTKAN akan MENJEJASKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI. Pasti kita tidak mahu perkara ini berlaku bukan?

PUNCA BAU BADAN

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertangungjawab terhadap proses berpeluh yang mana ia bersambug terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium, atau elektrolit.

Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine pula ada pada bahagian tubuh yang banyak rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bacteria, ketiak atau kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi amat mudah kita fahami dari mana datangnya bau badan tersebut kan.

1    Proses Pencernaan yang Tidak Sempurna

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranyan system pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin boleh kekal dalam tubuh. Sesiapa yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. 

2    Faktor Pemakanan

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengaggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetic dah kelenjar yang sangat aktif.

3   Selain badan, kaki juga mudah berbau. Ini adalah kerana ia dilitupi kelenjar peluh yang tebal dan apabila ia bercampur dengan bakteria akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Individu yang mempunyai masalah kaki berbau dinasihatkan memilih kasut yang mempunyai pengudaraan yang baik untuk mengelakkan bau yang lebih mudarat.

4    Bulu pada kaki terutama pada ibu jari kaki mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bacteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stoking dari bahan semulajadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

TIPS ATASI MASALAH BAU BADAN

1   Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Penting untuk individu yang mempunyai masalah bau badan mandi sekurang-kurangkan 2 kali sehari.

2   Gunakan deodorant anti-perspirant  yang mengandungi antiseptic sangat digalakkan walaupun ia bukanlah jaminan 100% dapat menlenyapkan bau badan. 

Hindari makanan penyebab bau. Perlu untuk anda mengambil makanan penyebab bau dalam kuantiti yang sedikit dan jangan berlebihan. Makanan penyebab bau adalah seperti bawang putih, bawang merah, rempah ratus, daging merah, alcohol dan kafein.

4   Perbanyak makan buah dan sayuran segar. Buah dan sayur mengandungi banyak vitamin dan mineral semulajadi yang dapat membantu anda mewangikan badan. Amalkanlah buah buah segar seperti epal, pisang, pir dan sayuran hijau yang lain dalam diet seharian anda.

5    Pilih fabric kapas dan longgar untuk meminimumkan pengeluaran peluh. 

6    Cukur rerambut halus yang tumbuh di celah ketiak dan kemaluan bila tiba masanya.

7   Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox

Pengambilan Supplement Shaklee Untuk Mengawal Bau Badan Secara Semulajadi

Kita juga boleh mengambil supplement seperti supplemen Shaklee untuk mengatasi masalah bau tubuh ini secara semulajadi kerana Shaklee sememangnya semulajadi, halal dan berkesan.




Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.



Garlic diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesa


Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

Kesimpulannya,seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi. Masalah bau badan ini adalah perkara yang serius dan perlu diatasi dari sekarang sebelum terlewat. Saya pasti tiada antara kita yang suka dipermain atau diperli oleh suami atau rakan-rakan kerana bau tubuh yang kurang menyenangkan atau berdoalah agar suami kita kita tidak berpaling kepada yang lain yang lebih wangi hanya kerana 
kita memandang remeh masalah ini!
With Love:

Harisatun Nida Abd Rashid [ID: 987151]
Call/sms/whatsapp: 011-23643327
Email: aqisteen@gmail.com
FB:Haris nida

Page: Santaivitamin

 
 

No comments:

Post a Comment