TAHNIAH!! Mesti terujakan ibu ibu
dan bapak bapak sekalian. OK tanpa berlengah lagi mesti nak tahu kan macamana
nak buat ujian kehamilan sendirikan. Jom kita kupas satu satu.
Ujian kehamilan dirumah adalah
untuk mengesan kehadiran hormone kehamilan iaitu human chorionic gonadotrophin
(hCG) dalam air kencing anda. HCG ni boleh dikesan dalam air kencing kita
kira-kira enam hingga 14 hari selepas persenyawaan berlaku. Badan kita mula
hasilkan HCG apabila telur telah disenyawakan melekat (implantasi) pada uterus
iaitu Rahim kita. HCG akan dirembeskan oleh sel-sel yang akan membentuk
placenta (uri).
Dalam masa beberapa hari selepas
implantasi, tahap HCG kita akan meningkat dengan cepat. Kebanyakan alat penguji
kehamilan cukup sensitive untuk menegsan HCG dalam air kencing pada hari
pertama haid kita sepatutnya datang.
Jangan kecewa….jika kita dapati
ujian negative pada kali pertama membuat ujian, sebab mungkin kerana jumlah HCG
belum sampai tahap di mana ia boleh dikesan. Kadang-kadang tahapnya belum cukup
tinggi untuk dikesan pada hari pertama haid anda sepatutnya datang. Tunggu….sabar
dan buat ujian sekali lagi beberapa hari kemudian.
Tapi sesetenga alat penguji
kehamilan lebih sensitif daripada yang lain. Ia boleh kesan kehamilan walaupun
jika terdapat sedikit sahaja HCG dalam badan kita.
Ok, macamana nak pilih alat
penguji kehamilan yang sensitif ye? Kita boleh tahu berapa sensitif alat
penguji kehamilan tu dengan membaca maklumat yang ada pada kotaknya. Kita akan
dapati bahawa konsentrasi HCG diukur dalam unit mili-Internasional (Miu) per millimeter.
Alat penguji dengan kesensitifan 20 Miu/ml adalah sensitif daripada yang
berkesensitifan 50 Miu/ml.
Bila patut buat ujian ni?
Paling baik adalah pada waktu
pagi kerana tahap hcg menjadi pekat dalam air kencing semasa anda tidur pada
waktu malam. Jadi ia dapat dikesan lebih mudah dalam air kencing pertama anda.
Harus diingat anda tak minum terlalu
banyak sebelum buat ujian kerana dikhuatiri boleh mencairkan hcg dalam air
kencing nanti.
LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN ALAT
PENGUJI KEHAMILAN DI RUMAH.
Mula-mula, baca arahan dulu. Ini penting
kerana setiap jenama mempunyai arahan yang berlainan.
Kebanyakan alat penguji, caranya
semudah kencing pada kayu tersebut. Sesetengah yang lain pula memerlukan anda
mengumpul air kencing dalam cawan kecil dan kemudian mencelup alat penguji itu
ke dalamnya (seperti kebanyakan klinik-klinik kerajaan lakukan). Ataupun, anda
mungkin diberi alat penitik yang digunakan untuk menitik sedikit sampel air
kencing ke atas alat penguji.
Keputusan juga ditunjukkan secara
berlainan. Itu sebabnya sangat penting untuk anda baca arahan dulu sebelum guna
alat ujian kehamilan ni. Sesetengah alat penguji menunjukkan garisan merah
jambu atau biru. Ada juga guna tanda campur tau tolak, atau menukar warna
sampel air kencing anda. Ujian digital pula memaparkan perkataan “pregnant”
(hamil) atau “not pregnant” (tidak hamil) pada satu tingkap, da nada juga yang
memberi anggaran sudah berapa minggu anda hamil.
BERAPA LAMAKAH MASA DIAMBIL UNTUK
MENDAPAT KEPUTUSANNYA?
Periksa arahan yang disertakan
dengan alat penguji anda. Tetapi biasanya keputusan dapat dilihat dalam masa
tiga hingga lima minit, walaupun ia mungkin terasa seperti satu penantian yang
terlalu panjang.
ADAKAH UJIAN KEHAMILAN DI RUMAH
TEPAT?
Alat penguji kehamilan di rumah
adalah tepat jika anda mengikut arahan yang betul. Seperti yang dinyatakan
tadi, sesetengah alat penguji lebih sensitive, serta mudah digunakan dan
ditafsirkan berbanding yang lain.
ADAKAH KEPUTUSAN NEGATIF PALSU BOLEH
BERLAKU?
Ada beberapa sebab mengapa ujian
kehamilan anada menunjukkan negative. Anda mungkin tidak hamil, atau mungkin
tahap HCG anda belum mencukupi untuk dikesan melalui ujian air kencing.
Jika anda membuat ujian terlalu
awal, sebelum hari pertama haid anda lewat, anda mungkin mendapat keputusan negatif
palsu kerana hormon yang dikeluarkan oleh badan anda belum mencukupi.
Jika anda mendapat keputusan negatif
tetapi masih berpendapat anda hamil, tunggu sekurang-kurangnya tiga hari, dan
buatlah ujian semula.
ADAKAH KEPUTUSAN POSITIF PALSU
BOLEH BERLAKU?
Positif palsu, iaitu di mana
keputusan ujian menunjukkan anda hamil tetapi sebenarnya tidak, adalah jarang
tetapi tidak mustahil berlaku. Sesetengah ubat-ubatan seperti pil kesuburan
yang mengandungi hcg, mungkin menjejaskan keputusan ujian. Ubat ubatan biasa
yang boleh dibeli di kaunter seperti paracetamol, tidak menjejaskan.
Kadangkala anda boleh mendapat
garisan samar yang boleh jadi sukar untuk ditafsirkan. Ketahui apa mungkin
maksudnya.
DI MANAKAH SAYA BOLEH BELI ALAT
UJIAN KEHAMILAN?
Anda boleh beli alat penguji
kehamilan di kebanyakan farmasi dan supermarket. Anda tidak perlu surat doctor untuk
membelinya.
APAKAH BEZA UJIAN KEHAMILAN DI
RUMAH DENGAN DIJALANKAN OLEH DOKTOR?
Ramai doktor menggunakan alat
penguji kehamilan di rumah untuk memastikan kehamilan, maka dalam hal ini
kedua-duanya adalah sama.
Kadangkala, wanita diberi ujian
darah, yang turut menguji kehadiran HCG. Ujian darah lebih sensitif daripada
ujian air kencing. Ia boleh menunjukkan samada anda hamil atau tidak sebaik
sahaja telur yang telah disenyawakan melekat. Ini boleh jadi seawall enam hari
selepas anda berovulasi.
Anda juga boleh membuat ujian
darah untuk lebih tahu mengenai apa yang sedang berlaku pada awal kehamilan
(sebelum imbasan ultrabunyi boleh mengesan kehamilan). Ia boleh membantu
mengesan kehamilan ektopik atau kehamilan molar.ia juga satu cara yang baik
untuk mengetahui bahawa tahap hcg meningkat seperti sepatutnya bagi kehamilan
yang sihat.
No comments:
Post a Comment