Thursday, January 29, 2015

PAC JAKIM 2015...BEST!


Salam ceria buat anda anda semua. Entri kali ni bolehla cerita perjalanan di ILIM untuk PAC Jakim bagi jawatan S27. Kali ni deorang nak penuhkan jawatan penolong hal ehwal islam kat penjara-penjara, balai polis dan agensi lain. So bukan ditempatkan di JAKIM PUTRAJAYA. Semua ada 11 siri dan kami adalah siri yang ke-7!!..

Fuh..mencabar sungguh. Dengan candidates yang ribu riban. Tapi kita cool saje lah…buat buat tahu je…kalo rase xtahu, sebenarnya orang lain lagi xtahu…sedapkan hati. Self confident mesti mau tinggi. Padahal kalo bos xpaksa pegi memang ak buat dek jelah kan. Ni kena bebel bakul2 baru nk p…hihihihi….

Nasib la dekat je…ade yang datang dari Perlis, Pahang, Penang..seantero Malaysia lah. Ada yang bertolak dari rumah pkul 3 pagi..tumpang rumah kawan…macam kan nak hidup?
Pendaftaran pukul 8.30 am. Lepas tu pegi ke kaunter seterusnya untuk ambik no besar gedabak untuk pakai. Nanti deorang akan bagi markah berdasarkan nombor kita lah. Nama-nama memang deorang xde masa nak hafal…nombor ni kena gantung kat leher sepanjang penilaian berjalan. Semua markah tuh…
Dari segi pakaian pulak..memang kena ikut dress coat yg ditetapkan. Tak boleh pakai sesuka hati. Sebab tu pon markah. Kasut hitam, bertutup, bertumit, stoking, baju yang sopan, tudung tak jarang. Mesti kena kemas sebab tu fist impression kan?. 

Kami diberi taklimat tentang perjalanan penilaian berlangsung. Lepas tu dibahagikan kepada kelas mengikut nombor masing-masing. Rasenya dea pilih secara rawak je. Kita pon xtahu sape kawan kelas kita. Setiap kelas ade dalam 10-15 orang calon sahaja. Setiap sesi memang ahli ahlinya akan bertukar.

Aktiviti pertama ilah ujian fasohah dan juga tajwid…yang nih memang kena pulun lah. Sebab ustaz nak dengar kit baca lancar atau tak. Pastu dea Tanya tajwid dalam satu dua je.  Just baca depan ustaz sorang je. Agak senang tapi kalau dah gelabah biawak tu ape pon xjadi kan. So ketenangan tu sangat penting. 

Lepas tu kena tengok jadual balik untuk kelas seterusnya. Dapat kelas yang sama dengan orang yang sama. Kali nih LDK…Latihan dalam Kumpulan. Tajuk diberikan ialah Ancaman Syiah kat Malaysia. Wajar ke tak syiah nih disebarkan di Malaysia. Keburukan, kebaikan. Kesan….buat dalam kumpulan dan present. Yang sangat penting kat sini ialah, korang kena banyak bercakap. Tunjukkan skill kita. Masa nihla nak jual diri kita kan…jangan takot salah..sebab semua orang sama level je. Setiap detik kita dinilai taw.

Rehat dan solat. Alhamdulilah, kami dijamu dengan nasi ayam..memang kena dengan tekak yang memang mengada-ngada nihkan. 

Lepas tu LDK lagi. Kali ni tajuk yang diberi kita sebagai ahli jawatankuasa masjid. Kena rangka aktiviti dan program serta bajet untuk satu tahun. Bentang.

Lepas tu LDK lagi. Tajuk mat rempit. Macamana kita dari kementerian belia dan sukan nak buat program untuk mat rempit. Bentang.

And last..yang nih paling mendebarkan. Bagi caalon Lelaki kena berkhutbah berdasarkan tajuk yang diberi. Perempuan pulak kena bagi tazkirah…asal lah lama je rase masa yg diberi. padahal 5 minit je. Tajuk yang paling bes ak dapat, “ULAMAK PEWARIS NABI”..ko gorengla camna pon. Yang penting kena selitkan dalil al quran dan hadis. Baru mantap!

Tulah yang paling last skali. Pastu berkumpul kat auditorium balik… dan boleh balik….
Perasaan?..seronok sebab macam zaman study dulu pulak. Tapi mencabar. Kena tuff lah. Sebab banyak sangat persaingan nya. Tapi kalau rezki dah tertulis memang tak kemana. Usaha…doa dan tawakkaltu ‘alallah.

Ya Allah, kalau pekerjaan ini baik untuk ku kau permudahkanlah. Kalau ia memberi mudharat padaku, jauhkanlah.

Setakat ini sahajalah bantuan dapat disalurkan. Harap bolehla jadi panduan dekat calon calon seterusnya untuk dapat gambaran kasar tentang program tersebut. Selamat Berjaya!
Opps…ade lagi…hi2…balik balik tuh lemau satu badan ni ha…sakit tapak kaki bagai. Maklumlah kena berdiri je kan. Berlari ke sana ke mari. Full dengan aktiviti. Sian lah dekat mak buyung nih.
Balik balik je pengsan. Ayah plak g men badminton…Hasya plak memang tahan mata dari pukul 2 petang lagi tak tido..memang genglah…pengsan jap. Pastu bangun balik sebab sengal sengal kaki. Krem!!!

Nasib la nasib la nasib la……..memang ade OSTEMATRIX SHAKLEE. Ni bukn sebab nak promo kosong-kosong..tapi, kalau dah boleh membantu bagi tak kejang tu berterimaksih jugaklah. Memang kalo kejang tuh rse dea…fuh……mengancam…sakit dea orangg orang yang pernah alami je tahu. Rase nak campak ke laut. 

Telan jelah 2 biji ni ha..Insya Allah, dapat membantu. Esoknya nak keje plak kan. Kang badan lenguh sana sini nak bangun pon memang macam tak nka bangunlah kan. Sian kan. Alhamdulilah… bangun pagi nih nikmatnya rasa kesihatan tu. Terima kasih Ya Allah, bagi pluang hidup dengan lebih bermakna dan sihat.

Akhir kalam…sape sape yang bercadang nak legakan kejang kejang kaki semasa mengandung bolehlah consume Ostematrix nih. Tak rugi pon kawan- kawan..hanya 50 sen je sehari korang dapat tampal balik sel sel korang yang rosak. Jadilah pengguna yang sangat bijak.



No comments:

Post a Comment