Wednesday, October 29, 2014

LANGKAH KEHAMILAN SIHAT


Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan mental. Jom kita ikuti langkah-langkah yang mudah untuk melalui kehamilan yang bebas dari masalah:

Rancang rawatan antenatal anda dari awal
 Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doctor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.
Dapakan maklumat lanjut mengenai pilihan rawatan antenatal anda.

Makan dengan baik
Anda tak perlu makan untuk dua orang apabila anda hamil, atau minum susu penuh krim atau ambil makanan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sekitar 200 kalori sehari). Elakkan mengambil makanan yang mentah atau separuh masak seperti daging atau telur kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria salmonella.

Jangan lupa suplemen asid folik
Asid folid juga dikenali sebagai folat. Ia penting untuk mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindubgi system saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh menyebabkan ketidakupayaan yang teruk. Wanita hamil disarankan untuk mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
Folat boleh didapati dalam makanan semulajadi seperti sayur- sayuran, bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin.

Bersenam selalu
Senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ia juga akan membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan yang asal selepas bayi anda dilahirkan.
Senaman juga boleh membantu menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. 

Mula lakukan senaman lantai pelvik
Adalah biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senamanlantai pelvik, mulakan ini sebelum hamil atau semasa mengandung.
Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rectum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya dan sebab hormone kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.
Cadangan semasa menyesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari sebanyak lapan kontraksi setiap kali.

Kurangkan pengambilan kafein
Kopi, the dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum jelas lagi, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Lebihkan berehat
Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama merupakan signal awal “jangan terlalu aktif”. Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih.





No comments:

Post a Comment