Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan mental. Jom kita ikuti langkah-langkah yang mudah untuk melalui kehamilan yang bebas dari masalah:
Rancang rawatan antenatal anda dari awal
Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doctor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.
Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doctor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.
Dapakan maklumat lanjut mengenai
pilihan rawatan antenatal anda.
Makan dengan baik
Anda tak perlu makan untuk dua
orang apabila anda hamil, atau minum susu penuh krim atau ambil makanan yang
dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah
dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat
sedikit dalam tempoh tiga bulan yang terakhir (sekitar 200 kalori sehari).
Elakkan mengambil makanan yang mentah atau separuh masak seperti daging atau
telur kerana ia boleh menyebabkan jangkitan bakteria salmonella.
Jangan lupa suplemen asid folik
Asid folid juga dikenali sebagai
folat. Ia penting untuk mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub
neural bayi. spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku
apabila tiub yang melindubgi system saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan
boleh menyebabkan ketidakupayaan yang teruk. Wanita hamil disarankan untuk
mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang
tiga bulan pertama kehamilan.
Folat boleh didapati dalam
makanan semulajadi seperti sayur- sayuran, bijirin sarapan yang diperkuatkan
dengan vitamin.
Bersenam selalu
Senaman boleh memberi anda
kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk
menangani tekanan fizikal kelahiran. Ia juga akan membantu anda untuk kembali
kepada bentuk badan yang asal selepas bayi anda dilahirkan.
Senaman juga boleh membantu
menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa
mengandung.
Mula lakukan senaman lantai pelvik
Adalah biasa bagi wanita yang
mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan
inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu,
termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara
ini daripada berlaku dengan melakukan senamanlantai pelvik, mulakan ini sebelum
hamil atau semasa mengandung.
Otot lantai pelvik adalah
gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan
rectum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan
tambahan ke atasnya dan sebab hormone kehamilan menyebabkannya mengendur
sedikit.
Cadangan semasa menyesyorkan anda
melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari sebanyak lapan kontraksi
setiap kali.
Kurangkan pengambilan kafein
Kopi, the dan minuman jenis cola
adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum jelas
lagi, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh
menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau
meningkatkan risiko keguguran.
Lebihkan berehat
Keletihan yang anda rasakan di
trimester pertama merupakan signal awal “jangan terlalu aktif”. Mungkin tidur
di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan,
tetapi anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan
berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau
lebih.