Anda mungkin seorang isteri yang penuhi kriteria kriteria dambaan
suami anda. Rupas paras yang menawan, pandai masak, berkemas, jaga diri pandai
jaga suami pendek kata, semua para suami nak kat dunia ni ada pada anda. Tapi,
satu hal yang membuatkan anda hilang title sebagai isteri dambaan hanya kerana
BAU BADAN!AWAS…ANDA DALAM BAHAYA!
Bau badan yang memeritkan hidung, masam serta hapak lebih
teruk lagi semasa tubuh merembeskan peluh. ALLAH saja yang tahu betapa peritnya
bau badan pada masa tersebut. Mungkin kita tuan empunya badan tidak sedar tapi
suami kita, orang sekeliling kita?...mungkin akan terganggu dengan bau
tersebut.
Kehidupan social kita juga akan turut tidak sihat. Malu
untuk bergaul dengan kawan-kawan, rasa rendah diri, dan yang paling MENAKUTKAN
akan MENJEJASKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI. Pasti kita tidak mahu perkara ini
berlaku bukan?
PUNCA BAU BADAN
Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar
Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine. Kelenjar Eccrine bertangungjawab terhadap
proses berpeluh yang mana ia bersambug terus hingga permukaan kulit untuk
menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang
bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium, atau elektrolit.
Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr.
Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya
tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar
ke permukaan kulit dan meluap. Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang
lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari
kelenjar Eccrine.
Kelenjar Apocrine pula ada pada bahagian tubuh yang banyak rambut
seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi
sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Di sini lebih mudah untuk
bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar
Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bacteria, ketiak atau
kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi amat mudah kita fahami
dari mana datangnya bau badan tersebut kan.
1 Proses Pencernaan yang Tidak Sempurna
Atas sebab tertentu seperti sembelit,
sekiranyan system pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin boleh
kekal dalam tubuh. Sesiapa yang punya masalah ini dan makan banyak daging,
telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk.
2 Faktor Pemakanan
Banyak minum kopi atau minuman berkafein
dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi
menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita. Punca lain bau
badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah),
jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang
pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan
yang mengaggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetic dah kelenjar yang
sangat aktif.
3 Selain badan, kaki juga mudah berbau. Ini adalah
kerana ia dilitupi kelenjar peluh yang tebal dan apabila ia bercampur dengan
bakteria akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Individu yang mempunyai
masalah kaki berbau dinasihatkan memilih kasut yang mempunyai pengudaraan yang
baik untuk mengelakkan bau yang lebih mudarat.
4 Bulu pada kaki terutama pada ibu jari kaki mampu
menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana
bacteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan
stoking dari bahan semulajadi seperti kapas dan bulu biri-biri.
TIPS ATASI MASALAH BAU BADAN
1 Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Penting
untuk individu yang mempunyai masalah bau badan mandi sekurang-kurangkan 2 kali
sehari.
2 Gunakan deodorant anti-perspirant yang mengandungi antiseptic sangat digalakkan walaupun
ia bukanlah jaminan 100% dapat menlenyapkan bau badan.
3 Hindari makanan penyebab bau. Perlu untuk anda
mengambil makanan penyebab bau dalam kuantiti yang sedikit dan jangan
berlebihan. Makanan penyebab bau adalah seperti bawang putih, bawang merah,
rempah ratus, daging merah, alcohol dan kafein.
4 Perbanyak makan buah dan sayuran segar. Buah dan
sayur mengandungi banyak vitamin dan mineral semulajadi yang dapat membantu
anda mewangikan badan. Amalkanlah buah buah segar seperti epal, pisang, pir dan
sayuran hijau yang lain dalam diet seharian anda.
5 Pilih fabric kapas dan longgar untuk
meminimumkan pengeluaran peluh.
6 Cukur rerambut halus yang tumbuh di celah ketiak
dan kemaluan bila tiba masanya.
7 Jika terlalu serius, pembedahan membuang
kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta
suntikan botox
Pengambilan Supplement Shaklee Untuk
Mengawal Bau Badan Secara Semulajadi
Kita juga boleh mengambil supplement
seperti supplemen Shaklee untuk mengatasi masalah bau tubuh ini secara semulajadi
kerana Shaklee sememangnya semulajadi, halal dan berkesan.
Alfalfa dikenali sebagai agen diuretik,
pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan
membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari
radiasi dan membantu mengawal bau badan.
Garlic diproses secara semulajadi di bawah suhu
yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk
mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun
tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di
samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal
bau dengan berkesa
Herb-Lax secara semulajadi merangsang
pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap
dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax
boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat,
melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.
Kesimpulannya,seperti yang telah dinyatakan
awal-awal tadi. Masalah bau badan ini adalah perkara yang serius dan perlu
diatasi dari sekarang sebelum terlewat. Saya pasti tiada antara kita yang suka
dipermain atau diperli oleh suami atau rakan-rakan kerana bau tubuh yang kurang
menyenangkan atau berdoalah agar suami kita kita tidak berpaling kepada yang
lain yang lebih wangi hanya kerana
kita memandang remeh masalah ini!
With Love:
Harisatun Nida Abd Rashid [ID: 987151]
Call/sms/whatsapp: 011-23643327
Email: aqisteen@gmail.com
FB:Haris nida
Page: Santaivitamin