Buah-buahan sebagai pencuci mulut ternyata menjadi satu amalan dan tradisi dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Tabiat memakan buah setelah hidangan utama dianggap baik untuk mengekalkan kesihatan oleh kebanyakan orang disebabkan oleh sifat buah sebagai pencuci mulut. Namun, hakikat sebenar adalah sebaliknya. Buah-buahanlah merupakan sumber yang sangat baik untuk glukosa darah.
Ramai yang tidak faham mengenai kitaran sistem pencernaan. Masyarakat kita suka mengambil buah dalam keadaan di mana tidak memberi faedah yang optimum kepada tubuh badan. Walaupun pada dasarnya, buah-buahan memberikan manfaat yang banyak kepada kesihatan manusia tetapi jika diambil tidak mengikut masa dan aturannya, tidak akan memberikan pulangan yang baik kepada kesihatan.
Kelebihan Makan Buah Sebelum Hidangan Utama/semasa perut kosong
1. Menggalakkan penyerapan tenaga dan zat daripada buah tersebut untuk tubuh secara optimum.
2. Membantu melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan manusia
3. Sebaik-baiknya, kita tidak mengambil sebarang makanan lain lebih kurang 30 minit untuk memberikan laluan kepada penghadaman buah-buahan tersebut berjalan secara lancar dan optimum.
4. Corak pemakanan seseorang yang memakan buah dengan cara yang betul merupakan rahsia untuk kelihatan cantik, sihat, bertenaga, panjang umur dan mempunyai berat badan yang idea.
5. Makan buah semasa perut masih lagi kosong dapat membantu memulihkan sistem pencernaan. Ini bermakna saluran pencernaan kita dapat menjalani proses penyahtoksikan secara semulajadi.
Kesan Makan Buah Selepas Mengambil Makanan Berat
1. Akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat-zat yang terkandung didalamnya akan rosak dan akhirnya menyumbang kepada ketidakselesaan kepada perut.
2. kita perlu memastikan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum mengambil sebarang jenis buah-buahan. Ini untuk memastikan agar makanan sebelum itu dihadamkan sempurna di dalam perut dan tidak menjadi berasid serta proses penapaian makanan tersebut dapat dielakkan.
3. Perut terasa sebu, berangin dan kembung selepas menikmati hidangan diakhiri dengan buah sebagai pencuci mulut. Keadaan tersebut berlaku kerana buah yang dimakan akan bercampur dengan makanan yang belum sempat dihadamkan lagi akan menghasilkan asid dan perut akan menjadi kembung
4. Perlu mengelakkan daripada mengambil buah-buahan dalam tin, buah yang diproses atau dijeruk kerana ia mengandungi sejumlah gula yang tersembunyi, bahan tambah dan perisa lain yang tidak diperlukan oleh tubuh badan
Saranan memakan buah amat mudah dan tampak remeh namun jika diamalkan ia pasti memberikan natijah yang baik untuk kesihatan. Malah ia juga merupakan sunnah Rasulullah SAW di mana baginda tidak akan memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti dan juga makanan berat berat lain. Amalan Rasulullah SAW ini sudah pasti memberikan impak yang baik untuk kecergasan dan kesihatan tubuh badan baginda

No comments:
Post a Comment