Bengkak susu?.Masih terasa hingga hari ini walaupun dah berlalu hampir 2 tahun lepas. ia selalunya terjadi bagi 1st time mother macam saya ni. rasa dia tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya. takde pengalaman dan tak cukup ilmu. itulah punca segala punca. Pengalaman bersalin ni macam-macam. penuh suka dan duka. sebelum kita pergi jauh lagi, jom kita tengok video wanita hebat ni. walaupun masa pengalaman dilalui bagai mimpi ngeri, tapi nak bersalin lagi! APA RAHSIANYA?
Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.
Bengkak susu tidak terjadi semasa awal kelahiran kerana pada masa ini hanyalah kolestrum, susu pekat kekuningan yang tinggi khasiatnya terhasil.
Lama kelamaan kelenjar susu akan menghasilkan susu dan ia bergantung pada demand baby. Makin kerap baby hisap, makin banyak susu dihasilkan.
Darah dan cecair limfa yang berlebihan yang ada dalam tisu payudara akan menyebabkan payudara akan mula membesar, lebih berat dan mengeras. Selalunya selepas semnggu atau dua minggu payudara akan lebih lembut dan tak mengeras walaupun susu banyak.
Sebab Ia Terjadi?
Penyusuan ibu yang tidak kerap, mungkin ibu letih, lemah badan, dan baby kurang menyusu.
Susu tidak dikeluarkan secukupnya diseluruh payudara.
Tekanan setempat pada sebahagian payudara.
Baby yang baru lahir cenderung untuk tidur lebih lama, dan waktu penyusuan diabaikan.
Tips Elak Bengkak Susu
Ibu-ibu jangan risau. setiap masalah ada penyelesaiannya. di sini saya kongsikan tips-tips yang boleh membantu ibu-ibu diluar sana untuk mengatasi masalah ini.
- Susukan baby sebaik sahaja melahirkan. susukan sekerap mungkin 1-2 jam sekali.
- Pastikan baby menyusukan sebelah-sebelah payudara hingga kosong (anggaran 10-20 minit setiap sesi)
- Pastikan baby melekap dengan sempurna bagi memastikan baby menyusu secara optimum dan susu dapat mengalir dengan lancar dan dapat dikosongkan dengan sempurna.
- Pastikan payudara ibu ibu cukup lembut. jika mengeras, urut perlahan-lahan (teknik marmet)/ pam. kemudian teruskan penyusuan baby.
- Mandi dengan air suam. biarkan air suam mengalir di payudara. teknik ini boleh melembutkan payudara.
- Tuam tuala suam sebelum menyusukan baby. untuk memudahkan pengaliran susu.
- Elakkan memakai bra yang ketat, kerana mengganggu pengaliran susu.
- Elakkan memperkenalkan baby pada puting susu tiruan untuk mengelakkan baby keliru puting pada bulan pertama kelahiran, kecuali ibu ada masalah dari segi perubatan.
Dengan tips-tips yang diberikan, saya berharap agar ibu-ibu tak putus asa untuk berikan yang terbaik untuk baby kita. tahukah anda susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk baby diawal 6 bulan pertama. Antibodi yang hebat, tinta emas yang Allah anugerahkan pada manusia, khasnya untuk ibu ibu wanita hebat!
![]() |
Subhanallah!!molekul susu di bawah mikroskop. |
Nak nangis tak tengok anugerah Allah bagi ni?...tahniah untuk diri sendiri dan ibu-ibu diluar sana yang menyusukan baby.
With Love:
Harisatun Nida Abd Rashid [ID: 987151]
Call/sms/whatsapp: 011-23643327
Email: aqisteen@gmail.com
FB:Haris nida
Page: Santaivitamin
No comments:
Post a Comment