Thursday, September 25, 2014

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK IBU MENGANDUNG

KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK IBU MENGANDUNG

Ada dilkalangan ibu ibu yang mengandung masih lagi tidak tahu tentang kepentingan pengambilan Vitamin C ketika hamil. Mengapa ibu perlu Vitamin C semasa mengandung? Jom kita kupas satu persatu.

Ibu dan bayi amat memerlukan Vitamin ini setiap hari. Ia penting untuk pembentukan kolagen, struktur protein yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang dan kulit. Kekurangan Vitamin C dalam bayi yang baru lahir boleh menyebabkan

Ibu & bayi amat memerlukan vitamin ini setiap hari - ia adalah untuk pembentukan kolagen, struktur protein yang merupakan komponen tulang rawan, tendon, tulang, & kulit. Berdasarkan kajian, bagi sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C dalam bayi yang baru lahir boleh menjejaskan pembangunan mental.

Vitamin C juga membantu badan ibu menyerap zat besi. Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin C dalam setiap hidangan agar ibu dapat keperluan Vitamin C secukupnya / ibu ibu juga boleh mengamalkan pengambilan Vitamin C dalam bentuk suplemen.


BERAPA BANYAK VITAMIN C YANG IBU PERLUKAN?

Ibu hamil : sekurang-kurangnya 85 miligram (mg) Vitamin C sehari
Ibu hamil berusia 18 atau lebih muda : 80mg
Ibu menyusu: 120 mg
Ibu mengusu berusia 18 atau lebih muda: 115 mg

Ibu tidak perlu untuk mendapatkan Vitamin C dalam jumlah seperti di atas setiap hari. Ia hanyalah anggaran purata sepanjang beberapa hari atau beberapa minggu.

Sumber makanan seperti buah-buahan sitrus sangat tinggi dalam Vitamin C, tetapi sayur-sayurn hijau, buah-buahan lain & sayur-sayuran adalah sumber yang sangat baik. Walaubagaimanapun, kepanasan boleh merosakkan Vitamin C semasa memasak. oleh itu adalah lebih baik memilih Vitamin C dari sumber makanan yang segar. Sesetengah bijirin juga diperkayakan dengan Vitamin C, makanan yang  menyediakan Vitamin C termasuklah:

8 auns jus oren: 124 mg
8 auns jus limau gedang: 94 mg
1 kiwi: 70 mg
½ cawan hirisan lada coceng mentah yang manis: 59 mg
½ cawan strawberi dihiris: 49 mg
 ½ cawan brokoli rebus: 51 mg
½ limau sederhana (merah jambu, merah, atau putih): 44 mg
½ cawan kiub betik : 43 mg
½ cawan tembikai : 29 mg
½ kubis rebus: 28 mg
½ cawan manga mentah: 23 mg
½ cawan keledek lecek: 21 mg
1 kentang bakar dengan kulit : 20 mg
½ cawan sayur- sayuran rebus: 18 mg
½ cawan rasberi : 16 mg
½ cawan tomato ceri: 10 mg

Perlukah ibu ibu mengambil suplemen Vitamin C?......Tidak perlu sebenarnya. Memadai dengan mendapatkan segelas jus oren segar setiap kali selepas bersarapan.  SEKIRANYA ibu ibu sukar menyediakan keperluan Vitamin C di dalam diet seharian, ibu ibu boleh mengamalkan Vitamin C semulajadi dari Shaklee yang bebas dari bahan kimia.

Walaupun beberapa kajian menunjukkan bahawa Vitamin C tambahan boleh mengurangkan kadar PROM (pecah pramatang membrane), terdapat beberapa kebimbangan bahawa mengambil Vitamin C tambahan semasa hamil boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang. Terdapat juga laporan – walaupun jarang – skurvi (kekurangan teruk Vitamin C) pada bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mengambil Vitamin C tambahan ketika mengandung. 

Tanda – tanda kekurangan Vitamin C termasuk rambut rapuh, keradangan gusi, kulit kasar dan kering, luka lambat sembuh dan lebam.

Moga perkongsian ini dapat membuka jalan / memberi manfaat buat ibu ibu semua. Kita hanya berusaha, semuanya berlaku atas IZIN ALLAH.


    



No comments:

Post a Comment