Friday, September 26, 2014

AWAS! KESAN KURANG VITAMIN C DALAM BADAN

Kekurangan Vitamin C dalam badan berlaku kerana kekurangan jumlah Vitamin C yang cukup di dalam diet atau pemakanan kita. Lama kelamaan, kekurangan Vitamin C ini akan menyebabkan kolagen baru tidak boleh dibentuk. ini menyebabkan pelbagai tisu dalam badan mula untuk pecah lalu pembaikan tisu badan boleh terjejas. Sekiranya berterusan, sehingga kekurangan Vitamin C yang kronik, biasanya dalam tempoh kira-kira tiga bulan atau lebih, boleh membawa kepada penyakit yang dikenali sebagai skurvi.

Apa Simpton Kekurangan Vitamin C?

Jom kita check apakah simpton-simpton kekurangan Vitamin C, antaranya ialah:


  • Gusi yang sentiasa berdarah (kurang pembentukan kolagen)
  • Tanda-tanda lebam pada badan (salur darah lemah)
  • Luka lambat sembuh
  • Sangha letih, lemah
  • Anemia
  • Salur darah mengecil dan mudah runtuh
  • Rambut gugur
  • Sakit sendi
  • Darah dalam mata
  • Kulit kering dan gatal
  • Depression
  • Edema
  • Kurang selera makan
  • Masalah pencernaan
  • Weight lost

 Apakah Fungsi Vitamin C untuk Badan Manusia?


  • Membantu meningkatkan immune system
  • Mempercepat penyembuhan luka dan demam
  • Penting dalam pembinaan kolagen – merupakan seperti gam kepada sel
  • Penting untuk kesihatan gusi dan gigi
  • Merupakan antioksidan bagi melawan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel
  • Membantu proses penghadaman
  • Membantu mengembalikan hormone stress dan memastikan fungsi saraf kelenjar adrenal berjalan dengan sempurna
  • Bertindak sebagai antikimia yang menjadi racun seperti nitrates
  • Menghadkan oxidation terhadap kolestrol jenis jahat LDC cholesterol
  • Membantu memulihkan selsema dan resdung
  • Mencegah penyakit barah
  • Sebagai protector gate untuk mengelakkan badan mudah dijangkiti / terkena penyakit

Ciri-ciri Vitamin C


  • Antioksidan
  • Collagen maker
  • Anti kimia
  • Protector gate
  • Vitamin larut air
  • Tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia tetapi boleh dalam tubuh haiwan

Panduan Memilih Vitamin Di Pasaran

Terdapat pelbagai jenis jenama Vitamin C dipasaran, tetapi bagaimana nak tahu Vitamin C yang paling selamat dan berkesan untuk kita? Jom kita kupas satu persatu:


  • Pilih Vitamin C dengan dos yang betul – cadangan dos 500mg sehari
  • Berasaskan tumbuhan, dan time-release product (macam sustained release)
  • Mengandungi Bioflavinoids dan jumlahnya harus seimbang dengan vitamin C (500mg Vitamin C: 120 mf bioflavonoids)
  • Telah diuji secara klinikal dengan berkesan terhadap tubuh manusia
  • Melalui pembacaan label huruf “I” bagi tiruan dan “d” bagi semulajadi
  • Melalui perkataan “ko-faktor” seperti “bioflavonoids” atau “boigradable”

Apakah Dos Pengambilan Vitamin C yang Badan Perlukan?

Dos berbeza mengikut umur dan juga keperluan badan seseorang. Untuk dewasa ialah 60mg, tetapi disebabkan factor pemakanan, persekitaran, jumlah yang lebih tinggi diperlukan iaitu 250-500mg!!
Vitamin sangat mudah musnah oleh haba, persekitaran, stress, penyediaan makanan. Bagi yang mengalami masalah kesihatan anda disyorkan untuk mengambil 500mg sehari.



 


No comments:

Post a Comment