Wednesday, February 11, 2015

Cara Atasi Kekurangan Kalsium Buat Ibu Hamil Yang Tak Lalu Minum Susu.


Tak lalu minum susu merupakan dilema biasa yang dihadapi wanita berbadan dua. Ia mungkin kerana bau atau rasa susu yang begitu memuakkan, hamis dan sebagainya. Tambahan lagi jika ibu ibu yang mengalami alahan yang teruk. Sedangkan umum tahu yang susu merupakan sumber kalsium yang paling tinggi.

Kalsium adalah makro mineral iaitu mineral yang amat sangat diperlukan oleh  tubuh lebih dari 100mg per hari. Fungsi utama kalsium adalah berperan penting dalam pembentukan tulang dan gigi.  Lebih lebih lagi wanita mengandung memerlukan kalsium dalam jumlah yang tinggi dari biasa. Jika pengambilan kalsium yang tidak mencukupi untuk bayi dalam kandungan, tubuh akan mengambil kalsium dari tulang dan akan mengurangkn jisim tulang ibu seterusnya ibu akan berisiko untuk osteoporosis. Osteoporosis akan menipiskan tulang, rapuh dan juga lemah.


Wanita hamil lazimnya memerlukan 1200 hingga 1300 milligram kalsium seharian iaitu tambahan 300 hingga 500 milligram zat yang diperlukan oleh orang dewasa. Ini bermakna seseorang itu perlu mengambil susu segar sebanyak 1 liter setiap hari. Ramai di kalangan wanita - wanita hamil hari ini kurang mengamalkan pengambilan susu, samaada tidak meminatinya atau mempunyai masalah untuk menerima laktosa.


Selain produk tenusu, wanita hamil boleh mengamalkan makanan pejal yang tinggi zat kalsium sebagai contoh sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis. Walaupun wanita hamil telah mengambil pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang disenaraikan.


Sumber kalsium daripada makanan lain




Antara makanan yang boleh membekalkan sumber kalsium antaranya ialah:

    produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt
    sayur yang berwarna hijau terang seperti brokoli
    ikan yang mempunyai tulang lembut seperti sardine dan salmon.
    produk soya seperti tauhu, tempe, cereal dan jus-jus buah.

Kesan tak cukup kalsium

Tanda-tanda kekurangan Kalsium Dalam Badan:

  •     Mudah mengalami kekejangan otot atau kebas tangan dan kaki
  •     Sukar tidur (insomnia)
  •     Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  •     Sakit pinggang dan kaki
  •     Cepat naik angin dan mudah terkejut
  •     Luka susah sembuh dan darah lambat beku
  •     Kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, dan mengakibatkan sakit   sendi
  •     Menurunkan kadar metabolisme
  •     Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  •     Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  •     Rambut gugur bagi ibu-ibu yang baru bersalin
  •     Gigi mudah mereput
  •     Kuku senang patah

Rata rata berpendapat bahawa kalsium hanya diperlukan untuk anak anak yang sedang membesar, orang orang yang berusia untuk mengelakkan osteoporosis sahaja tetapi seakan akan lupa dan kurang sedar bahawa kalsium amat diperlukan oleh segenap usia, tak kiralah dari bayi hingga ke orang tua. Amat penting untuk mengambil kira pengambilan kalsium yang mencukupi dalam diet harian yang diperlukan oleh tubuh kita.

Penyelesaian


Adakah Ostematrix dapat membantu?

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Apakah Kandungan Ostematrix?

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

  •  400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.

Mudahkan?.dengan OSTEMATRIX masalah wanita hamil yang tak lalu minum susu telah selesai. Jadi ibu ibu tak perlu risau lagi untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi untuk ibu dan bayi! 

Jadi jom dapatkan Ostematrix hari ini!


                                                                   With Love:

                                          Harisatun Nida Abd Rashid [ID: 987151]
                                                Call/sms/whatsapp: 011-23643327
                                                     Email: aqisteen@gmail.com
                                                               FB:Haris nida

                                                        Page: Santaivitamin
 
 


 



No comments:

Post a Comment