Tuesday, February 17, 2015

Cara Cepat dan Berkesan Atasi Anemia Semasa Mengandung

Anemia atau hb low adalah satu masalah yang lazim dialami oleh wanita mengandung. Pucat, letih, semput, pening dan lesu merupakan simpton-simpton yang dihadapi oleh wanita mengandung yang alami anemia. 

Apa sebenarnya anemia ni?. Anemia pada dasarnya kekurangan zat besi dan asid folik (salah satu komponen dalam Vitamin B). Anemia akan terjadi apabila paras hemoglobin (sel-sel darah merah) seseorang individu menurun di bawah julat paras yang dianggap normal yang mana paras julat normal bacaan hemoglobin dewasa ialah antara lingkungan 12 - 15mg/dl. 

Sementara itu, wanita memerlukan kira-kira 50% lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari. Senang cerita memang kekurangan zat besi lah. 

Sejauh mana pula bahaya  anemia ni kepada ibu dan bayi dalam kandungan?..untuk pengetahuan mama mama sekalian, anemia ni memang sangat membahayakan nyawa ibu dan bayi. sebab tulah kalau anemia, doctor akan pantau habis-habisan untuk naikkan bacaan hb balik kepada yang sepatutnya iaitu 11 dan keatas. Sebagai panduan am, ibu hamil yang mempunyai bacaan hemoglobin melebihi 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Bayi berisiko dilahirkan tidak cukup bulan, tidak cukup berat, kekurangan oksigen, pertumbuhan terbantut, meningkatkan risiko si ibu untuk mengalami masalah praeklampsia (peningkatan tekanan darah ketika hamil) yang boleh mengundang pelbagai risiko lain termasuk kematian. Bahayakan?.

Macamana nak naikkan hab balik?...kalau di klinik, doctor akan bekalkan vitamin zincofer yang berwarna maroon untuk tambah darah. Then, kita jugak boleh lah amalkan makanan-makanan yang kaya dengan zat besi dan dapat membantu. Jom kita tengok makanan yang boleh naikkan bacaan hb darah kembali normal.

Jambu batu
Jambu batu
Jambu abut adalah salah satu buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia. Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.



Daging merah
Daging merah mengandungi zat besi yang tinggi untuk melawan anemia. Tahukah anda bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan lebih senang diserap berbanding sumber lain.



Brokoli
Brokoli zat, folat dan juga zat besi. Ia juga kaya dengan antioksidan yang mampu melawan penyakit dan juga jangkitan.


Pisang
Pisang amat baik diambil oleh wanita hamil setiap hari. Disamping dapat mengelak sembelit ia juga kaya dengan folat yang boleh membantu pertumbuhan janin dan sel sel baru.


Hati ayam
Hati ayam dapat menambah kepekatan darah. Tetapi Islam sendiri tidak menggalakkan pengambilan hati ayam/organ dalaman dalam diet seharian. Ini adalah kerana Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.
Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin.

Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh. So hati ayam mesti dielkkan dalam diet seharian ibu mengandung ya.


Kerang
Kerang pun boleh diamalkan untuk tambah darah. Kalau kerang saya lebih suka bakar. Sebab tak hilang manis is idea berbanding rebus. Kalau stim pon ok, tapi agak muaklah. tapi pada yang alergi makanan laut tu better tak perlu ambik kerang untuk elakkan kemudaratan.


Bayam
Bayam pon sama spesis dengan brokoli. Kaya dengan folat dan zat besi. Buat je sup 1 mangkuk dan makan ngan nasi. Sedapkan!.Mama mama harus basuh betul-betul sayuran jenis berdaun nih. Yelah, kita tak tahu banyak mana racun kat dedaun tu semua kan? Cara saya, rendam sekejap dengan air garam dan bilas. Insha Allah bersih.

Buah delima
Buah syurga! Buah delima bersifat mempertahankan jumlah sel darah merah dan antioksidan. Juga boleh atasi masalah sembelit atau berak berdarah. Mama mama mesti amalkan buah delima ni ye. Salah satu buah yang terakam dalam Alquran.

Macamana pulak dengan vitamin dan supplement?


Mesti nak tahu jugakkan cara lagi pantas, mudah, berkesan lagi halal kan. Tentulah Vitalea Shaklee. Vitalea adalah multivitamin yang comprehensive yang dihasilkan dengan sains Shaklee terbaik. Vitalea adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia! Asalnya dikenali sebagai “vitalize-Mineral” disingkatkan sebutan kepada vitamin. Perkataan vitamin yang disebut kini adalah berasal daripada Shaklee. Hebatkan!
Setiap tablet mengndungi 30 nutrisi harian Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran & buah, 12 vitamin & 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Tablet Vita-Lea Shaklee disaluti dengan spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini & teknologi eksplosif yang kompleks (Explo Tab). Vita-Lea Shaklee merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia larut dalam air & tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. Vita-Lea Shaklee merupakan salah satu supplemen asas selain B Complex  & Vita C Plus.
Jadi dah tahukan kesan hb rendah yang sangat bahaya pada ibu dan bayi, makanan yang dapat bantu tambah darah mama mama. Lepas nih usaha betul betul supaya bacaan hb normal untuk kesihatan mama dan juga bayi. harapan saya, moga entry kali ni dapat membantu mama mama diluar sana mengatasi hb rendah

Jom dapatkan Vitalea Shaklee sekarang!

With Love:

Harisatun Nida Abd Rashid [ID: 987151]
Call/sms/whatsapp: 011-23643327
Email: aqisteen@gmail.com
FB:Haris nida

Page: Santaivitamin

 








Wednesday, February 11, 2015

Cara Atasi Kekurangan Kalsium Buat Ibu Hamil Yang Tak Lalu Minum Susu.


Tak lalu minum susu merupakan dilema biasa yang dihadapi wanita berbadan dua. Ia mungkin kerana bau atau rasa susu yang begitu memuakkan, hamis dan sebagainya. Tambahan lagi jika ibu ibu yang mengalami alahan yang teruk. Sedangkan umum tahu yang susu merupakan sumber kalsium yang paling tinggi.

Kalsium adalah makro mineral iaitu mineral yang amat sangat diperlukan oleh  tubuh lebih dari 100mg per hari. Fungsi utama kalsium adalah berperan penting dalam pembentukan tulang dan gigi.  Lebih lebih lagi wanita mengandung memerlukan kalsium dalam jumlah yang tinggi dari biasa. Jika pengambilan kalsium yang tidak mencukupi untuk bayi dalam kandungan, tubuh akan mengambil kalsium dari tulang dan akan mengurangkn jisim tulang ibu seterusnya ibu akan berisiko untuk osteoporosis. Osteoporosis akan menipiskan tulang, rapuh dan juga lemah.


Wanita hamil lazimnya memerlukan 1200 hingga 1300 milligram kalsium seharian iaitu tambahan 300 hingga 500 milligram zat yang diperlukan oleh orang dewasa. Ini bermakna seseorang itu perlu mengambil susu segar sebanyak 1 liter setiap hari. Ramai di kalangan wanita - wanita hamil hari ini kurang mengamalkan pengambilan susu, samaada tidak meminatinya atau mempunyai masalah untuk menerima laktosa.


Selain produk tenusu, wanita hamil boleh mengamalkan makanan pejal yang tinggi zat kalsium sebagai contoh sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis. Walaupun wanita hamil telah mengambil pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang disenaraikan.


Sumber kalsium daripada makanan lain




Antara makanan yang boleh membekalkan sumber kalsium antaranya ialah:

    produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt
    sayur yang berwarna hijau terang seperti brokoli
    ikan yang mempunyai tulang lembut seperti sardine dan salmon.
    produk soya seperti tauhu, tempe, cereal dan jus-jus buah.

Kesan tak cukup kalsium

Tanda-tanda kekurangan Kalsium Dalam Badan:

  •     Mudah mengalami kekejangan otot atau kebas tangan dan kaki
  •     Sukar tidur (insomnia)
  •     Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  •     Sakit pinggang dan kaki
  •     Cepat naik angin dan mudah terkejut
  •     Luka susah sembuh dan darah lambat beku
  •     Kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, dan mengakibatkan sakit   sendi
  •     Menurunkan kadar metabolisme
  •     Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  •     Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  •     Rambut gugur bagi ibu-ibu yang baru bersalin
  •     Gigi mudah mereput
  •     Kuku senang patah

Rata rata berpendapat bahawa kalsium hanya diperlukan untuk anak anak yang sedang membesar, orang orang yang berusia untuk mengelakkan osteoporosis sahaja tetapi seakan akan lupa dan kurang sedar bahawa kalsium amat diperlukan oleh segenap usia, tak kiralah dari bayi hingga ke orang tua. Amat penting untuk mengambil kira pengambilan kalsium yang mencukupi dalam diet harian yang diperlukan oleh tubuh kita.

Penyelesaian


Adakah Ostematrix dapat membantu?

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Apakah Kandungan Ostematrix?

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

  •  400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.

Mudahkan?.dengan OSTEMATRIX masalah wanita hamil yang tak lalu minum susu telah selesai. Jadi ibu ibu tak perlu risau lagi untuk mendapatkan kalsium yang mencukupi untuk ibu dan bayi! 

Jadi jom dapatkan Ostematrix hari ini!


                                                                   With Love:

                                          Harisatun Nida Abd Rashid [ID: 987151]
                                                Call/sms/whatsapp: 011-23643327
                                                     Email: aqisteen@gmail.com
                                                               FB:Haris nida

                                                        Page: Santaivitamin