Tahukah anda bahawa
warna dan bau air kencing boleh memberi status kesihatan seseorang? Warna air
kencing boleh mendedahkan apa yang telah dimakan, minum dan mungkin juga berubah
kerana pengambilan ubat ubatan, penyakit berjangkit atau pun kanser.
Menurut seoran
Profesor urology dari University of California, San Francisco, sekiranya
terdapat darah dalam air kencing, kita perlu berjumpa doctor kerana ia boleh
menjadi tanda tanda awal penyakit batu karang atau kanser.
Menurutnya lagi, jika
warna air kencing seperti coca cola, ia mungkin disebabkan oleh darah lama dari
tumor atau batu karang atau darah beku di dalam buah pinggang. Selain itu,
kerosakan hati juga boleh mempengaruhi warna air kencing.
Dehidrasi adalah
punca masalah kencing yang dihadapi oleh ramai orang. Bila air kencing menjadi
pekat, buah pinggang boleh jadi tersumbat sehingga ia boleh menyebabkan
kegagalan buah pinggang. Sekiranya air kencing menjadi gelap atau keruh, jalan
terbaik ialah segera berjumpa dengan doctor.
Pengambilan vitamin
larut air dengan berlebihan contohnya vitamin B Compleks boleh mengubah air
kencing kepada warna kuning neon.
Kadangkala,
pengambilan makanan seperti asparagus, petai atau jering boleh menyebabkan air
kencing berbau busuk dan ini tidak menandakan anda menghidapi sebarang
penyakit. Amat penting anda pastikan dahulu pemakanan anda sebelum berjumpa
dengan doctor.
Kesimpulannya, kita
hendaklah sentiasa peka dengan perubahan bukan sahaja air kencing tetapi
anggota badan ain supaya kita dapat atasi masalah kesihatan dengan cepat.
No comments:
Post a Comment