![]() | ||
Bahaya Mandi Malam |
Kita sering dimomokkan mandi pada waktu malam bakal
mengundang berbagai masalah kesihatan, terutamanya paru-paru berair. Adakah ia
sekadar MITOS atau sebaliknya? Mestilah nak tahu kan, sebab zaman sekarang ni
main sempat je. Lagi-lagi kalau dah sampai rumah agak lewat. Tak kan tak nak
mandi kan?..dengan badan yang melekit. Agak-agak boleh tidur nyenyak tak?
Menurut pakar, Dr Anies Tan, seorang doktor perubatan di
sebuah klinik swasta, menjelaskan kajian mandi malam bukan setakat
menghilangkan kotoran badan, malah menghilangkan stress setelah seharian
menjalankan aktiviti harian.
Penyakit kronik seperti diabetes, kegagalan buah pinggang,
hipertensi tak da kaitan dengan mandi malam, tetapi ia berpunca daripada
kegagakan sistem dalam badan untuk
berfungsi.
KEBAIKAN MANDI
- Hilangkan kotoran badan, bakteria dan virus, elak bau badan.
- Hilangkan stress
- Meningkatkan imuniti badan
- Elakkan penyakit kulit (eczema)
- Membantu tidur dengan lebih nyenyak
Kenapa masyarakat dulu-dulu melarang keras mandi pada waktu
malam?
Mungkin disebabkan oleh factor keselamatan. Rumah orang
dulu-dulu tiada bekalan air paip terus ke rumah masing-masing. Nak mandi kena
ke perigi atau sungai untuk mandi. Nak sampai ke sungai atau perigi tu kena
lalui jalan yang gelap, semak bimbang ade binatang berbisa ke dipertengahan
jalan. Macam-macam boleh jadi.
Maka jelaslah bahawa mandi malam tidak memudharatkan untuk
rakyat di Negara ini, lebih –lebih lagi cuaca di Malaysia beiklim tropika panas
dan lembab sepanjang tahun, nak mandi pagi ke, malam ke memang tiada masalah. Lepas
ni bolehlah mandi tanpa ragu-ragu lagi!